TULAR di media sosial rakaman video seorang lelaki yang kelihatan warak konon mengambil kesempatan terhadap seorang penumpang wanita ketika menggunakan perkhidmatan awam.
Menurut seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Asa Mpete, dia mengatakan kejadian itu berlaku pada Jumaat, ketika dia menggunakan tren LRT Rapid KL laluan Sri Petaling.
Wanita itu difahamkan dalam perjalanan menuju ke tempat kerja dan secara tidak sengaja terlihat aksi itu selepas tindakan lelaki itu disedari dua penumpang lain.
“Kejadian ini berlaku ketika saya dalam perjalan menuju ke tempat kerja. Lelaki itu menghentikan perbuatannya selepas menyedari perbuatan tak senonoh itu diperhatikan oleh pasangan Melayu yang berada di sebelah saya,” tulis pada pautan video.
Berdasarkan rakaman berdurasi 53 saat, lelaki berkopiah putih itu mungkin tidak menyedari tangan kanannya telah mengenai bahagian betis penumpang wanita yang duduk rapat dan tertidur bersebelahan dengannya.
Lalu membuatkan lelaki itu secara lembut, menarik secara perlahan jari-jemarinya agar perbuatannya itu tidak menyebabkan wanita itu terjaga.
Tangannya itu kemudian memegang beg sandangannya dan sesekili memandang ke arah perakam video.

